NEWS HEADLINES
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS BAGI KURSUS PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAAN SENJATA RINGAN BAGI AGENSI LUAR SESI 2018
Penanjong Garison, 09 November 2018 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembaikan dan Pemeliharaan Senjata Ringan bagi Agensi luar sesi 2018 telah berlangsung di Cawangan Latihan Teknikal Darat Bahagian Armamen, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB pada jam 0900 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Supt Salman bin Siggar, Pegawai Memerintah Penjara Maraburong Fasa 1.
MAJLIS PEMBUKAAN MALAM DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W TAHUN 1440H/2018M
MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA KOMPENI SIRI 4/2017, PLATUN SARJAN SESI 2017 DAN PENOLONG KETUA SEKSYEN SESI 2017
MAJLIS PENUTUP KURSUS KOMPENI/SKUADRON SARJAN MEJAR SESI 2018
MAJLIS SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 25 BAGI TAHUN 2018
BERAKAS, Rabu, 31 Oktober 2018 – Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke 25 bagi tahun 2018 telah berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada 49 orang penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dan 10 orang penerima Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA).
KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA ATASE PERTAHANAN REPUBLIK TURKI
PENANJONG GARISON, ISNIN, 19 MAC 2018. Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Pemangku Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Yang Mulia Colonel Özer Çaliskan, Atase Pertahanan Republik Turki di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir Yang Mulia Mejar Mohammad Borhanuddin bin Haji Abdul Manaf, Pemangku Timbalan Pegawai Turus Logistik IL ABDB.
