Penanjong Garison, 09 November 2018 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Pembaikan dan Pemeliharaan Senjata Ringan bagi Agensi luar sesi 2018 telah berlangsung di Cawangan Latihan Teknikal Darat Bahagian Armamen, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB pada jam 0900 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Supt Salman bin Siggar, Pegawai Memerintah Penjara Maraburong Fasa 1.
Majlis ini turut dihadiri oleh ASP Kartika binti Abdul Rahman, Pemangku Ketua Bahagian Latihan, Jabatan pentadbiran Am dan kewangan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pegawai – Pegawai dari Institut Latihan dan Pasukan Penjara, Jurulatih Kanan Armamen, Jurulatih – Jurulatih dan perserta- perserta kursus. Seramai 7 orang perserta kursus, 5 orang daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan 2 orang daripada Pasukan Penjara yang menamatkan kursus pada pagi itu.
Perserta kursus terbaik keseluruhan bagi Kursus Pembaikan dan Pemeliharaan Senjata Ringan bagi Agensi luar sesi 2018 disandang oleh Kpl 3977 Bahrin bin Hj Piut daripada Pasukan Polis Diraja Brunei. Dalam ucapan penutupannya, Pegawai Memerintah Penjara Maraburong Fasa 1 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB di atas kesempatan yang diberikan kepada agensi-agensi luar untuk hadir berkursus di Institut Latihan ABDB. Beliau berharap agar kursus seumpama ini akan terus berjalan dimasa akan datang dan dapat mengeratkan silaturahim diantara ABDB dan agensi –agensi kerajaan yg lain. Majlis selesai pada jam 1000 Pagi.


