PENANJONG GARISON, JUMAAAT 02 NOVEMBER 2018, Majlis Penutup Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar Sesi 2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna bertempat di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison. Seramai 27 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 11 anggota, 2 anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei, 8 anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 5 anggota daripada Institut Latihan ABDB manakala seorang daripada Markas Angkatan Bersama ABDB. Kursus ini berjalan selama 8 minggu yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kawad, Sekolah Infantri Institut Latihan ABDB. Ianya adalah salah satu kursus mandatori yang wajib dihadiri PTB Kanan yang berpangkat Sarjan membawa ke pangkat Pegawai Waran II khasnya daripada unit Tentera Darat Diraja Brunei.
Hadir selaku Tetamu Kehormat iaitu 631 Mejar Awg Mohd Edham bin Awg Harlip, Jurulatih Kanan, Sekolah Infantri Institut Latihan ABDB. Turut hadir di Majlis Penutup Kursus tersebut ialah Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar- Sarjan Mejar Angkatan Tentera serta PTB-PTB Kanan jemputan. Aturcara didahului dengan ulasan pencapaian peserta kursus daripada Ketua Cawangan selaku pengendali kursus dan diselajuri dengan penyampaian sijil dan ucapan penutup kursus daripada Tetamu Kehormat. Dari 27 anggota kursus, seramai tiga anggota telah terpilih sebagai Penuntut Terbaik dalam kategori masing-masing.
Penuntut Terbaik Bahagian Teori disandang oleh 16321 SSjn Hj Azril Nizal bin Hj Mohd Rais daripada Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei. Penuntut Terbaik Bahagian Amali disandang oleh 16526 Sjn Yasreen bin Hj Othman daripada Institut Latihan ABDB manakala 15649 SSjn Nurul Fadillah bin Hj Adanan telah terpilih sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Kompeni/Skuadron Sarjan Mejar Sesi 2018. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua sekali peserta Kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya dengan memperolehi seratus peratus lulus.
