KHTURKIO5PENANJONG GARISON, ISNIN, 19 MAC 2018. Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Pemangku Komandan Institut Latihan Angakatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima Kunjungan Pengenalan daripada Yang Mulia Colonel Özer Çaliskan, Atase Pertahanan Republik Turki di Kuala Lumpur, Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir Yang Mulia Mejar Mohammad Borhanuddin bin Haji Abdul Manaf, Pemangku Timbalan Pegawai Turus Logistik IL ABDB.

Kunjungan Hormat tersebut memberikan kepada kedua belah pihak bagi membincangkan bagi peluang-peluang kerjasama yang boleh dipertingkatkan lagi khususnya dalam bidang Latihan Tentera. Yang Mulia Pemangku Komandan dan Yang Mulia Atase Pertahanan  Republik Turki berkesempatan untuk bertukar cenderahati sebagai tanda penghargaan. Seterusnya Yang Mulia Atase Pertahanan Republik Turki menandatangani lembaran kenangan sebelum meninggalkan IL ABDB.

KHTURKI01

KHTUKRI03

KHTURKI04

KHTURKI02