Tema sambutan pada tahun ialah Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif. Bersempena dengan sambutan pada tahun ini juga, satu anugerah khas telah diperkenalkan iaitu Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA). Penghargaan ini khusus diberikan kepada kakitangan dalam jawatan di dalam Bahagian V dan diberikan atas jasa serta sumbangan yang telah diberikan kepada organisasi dengan menunjukkan nilai-nilai amanah, keberanian dan pemedulian yang didorong atas sikap luhur dan murni.
Penghargaan ini telah dianugerahkan kepada Awang Shahbudin bin Haji Saidi, Console Operator, Pejabat Pentadbiran Awam, Penanjong Garison.