NEWS HEADLINES
MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA PERPISAHAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DI MES PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, JUMAAT 02 MAC 2018. Satu Majlis Makan Malam Beradat Sempena Perpisahan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah diadakan pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pucuk pimpinan yang telah diberikan oleh Mantan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei.
LAPORAN MEDIA KURSUS PENINGKATAN KOMPUTER SIRI 2/2017
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 02 Mac 2018. Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2017 telah menutup tirai pada petang ini. Seramai 22 orang anggota telah berjaya lulus dalam kursus tersebut yang merupakan kursus mandatori bagi anggota-anggota perkeranian. Kursus ini telah dijalankan selama 06 minggu, bermula pada 22 Januari 2018 hingga 02 Mac 2018, dan telah dikendalikan oleh Cawangan Teknologi Maklumat, Pusat Evolusi IL ABDB. Anggota-anggota perkeranian yang mengikuti kursus ini telah diajarkan pelajaran lanjutan Ms Office, kesinambungan daripada pelajaran yang diajarkan semasa Kursus Asas Komputer.
PENUTUP KURSUS JUNIOR OFFICER TACTIC COURSE 2017
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 02 MAC 2018. Pegawai-pegawai ABDB telah mengendalikan Majlis Penutup Kursus Junior Officer’s Tactics 2017 (JOTC 2017). Majlis ini merupakan penghabisan kursus JOTC yang telah dikendalikan dari 02 Januari 2018 sehingga 21 February 2018 dan bertempat di Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB (IL ABDB).
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH IL ABDB SIRI 3/2017
PENANJONG GARISON, RABU, 24 FEBRUARI 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi IL ABDB.
PERASMIAN PONDOK MINI REFLEKSOLOGI, CAWANGAN LATIHAN KERANI, SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA, IL ABDB
PENANJONG GARISON, SELASA, 23 JANUARI 2018. Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Dato Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah telah mengadakan lawatan perpisahan di Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH JURULATIH REKRUT KOMPENI IL ABDB DI DEWAN NIKMAH
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 26 JANUARI 2018 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Rendah bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Rendah IL ABDB dilaksanakan di Dewan Nikmah Penanjong Garison.
