DSC 0390PENANJONG GARISON, JUMAAT, 26 JANUARI 2018 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Rendah bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Rendah IL ABDB dilaksanakan di Dewan Nikmah Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Komandan IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Pegawai-Pegawai IL ABDB, RSM, GSM, DSM dan PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.
Seramai 17 anggota PTB-PTB Rendah yang dinaikkan pangkat iaitu kenaikan ke pangkat penempatan Pmk Kpl. Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat yang disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan diiringi oleh Yang Mulia 12441 Pmk PW2 Roslan bin Jaineh sebagai Pengerusi Majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.