PENANJONG GARISON, JUMAAT, 02 MAC 2018. Pegawai-pegawai ABDB telah mengendalikan Majlis Penutup Kursus Junior Officer’s Tactics 2017 (JOTC 2017). Majlis ini merupakan penghabisan kursus JOTC yang telah dikendalikan dari 02 Januari 2018 sehingga 21 February 2018 dan bertempat di Sekolah Infantri, Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Majlis dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Lt Kol Pg Sharifuddin bin Pg Haji Yusof, Pemangku Komandan IL ABDB. Majlis juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan ABDB dan pegawai-pegawai. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dari anggota Pejabat Keugamaan, Kementerian Pertahanan. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada penuntut-penuntut kursus dimana anugerah Penuntut Terbaik disandang oleh 1084 Lt Amirul Adini bin Haji Amir Abas. Majlis kemudian diteruskan dengan Kata-Kata Penutup dan perasmian penutup kursus JOTC 2017 oleh Tetamu Kehormat.
JOTC merupakan kursus mandatori yang dihadiri oleh pegawai-pegawai yang berhak untuk menaiki pangkat dari Leftenan ke Kapten. Kursus ini dibahagikan kepada beberapa kategori dalam bidang ketenteraan darat iaitu bacaan peta, semboyan, doktrin dan taktik.
Tujuan kursus adalah untuk menentukan keupayaan pegawai-pegawai darat dalam pengendalian kerja-kerja taktikal yang diperlukan dalam seorang pegawai infantri. Walaupun pelajaran yang disampaikan tidak akan dapat digunakan dengan sepenuhnya, daya pemikiran yang dibina dalam kursus ini adalah penting untuk membuat keputusan dan dalam membuat rancangan dalam konteks TDDB.Majlis diakhiri dengan pembacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.
