Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan IL ABDB dilaksanakan di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison manakala Upacara Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah IL ABDB dilaksanakan di Dewan Makan Nikmah Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Pemangku Komandan IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof. Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, RSM, GSM, DSM, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.
Anggota-anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai 67 anggota. 22 orang daripada PTB-PTB Kanan iaitu 09 anggota Sjn Tetap dan 13 anggota ke Pmk Sjn. Manakala 45 anggota daripada PTB-PTB Rendah iaitu 05 anggota ke Kpl Tetap, 20 anggota ke Pmk Kpl, 13 anggota ke LKpl Tetap dan 07 anggota ke Pmk LKpl. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, bergambar ramai, menikmati jamuan di Mes PW/SSjn & Sjn dan Yang Mulia Tetamu Kehormat menandatangani lambaran kenangan.