
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 02 Mac 2018 - Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2017 telah menutup tirai pada petang ini. Seramai 22 orang anggota telah berjaya lulus dalam kursus tersebut yang merupakan kursus mandatori bagi anggota-anggota perkeranian. Kursus ini telah dijalankan selama 06 minggu, bermula pada 22 Januari 2018 hingga 02 Mac 2018, dan telah dikendalikan oleh Cawangan Teknologi Maklumat, Pusat Evolusi IL ABDB. Anggota-anggota perkeranian yang mengikuti kursus ini telah diajarkan pelajaran lanjutan Ms Office, kesinambungan daripada pelajaran yang diajarkan semasa Kursus Asas Komputer.
Ianya adalah bertujuan untuk melahirkan para kerani yang lebih berkemahiran dalam Ms Office dan dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam tugas masing-masing dengan lebih efektif. Tetamu Kehormat bagi Majlis Penutup kursus tersebut ialah Yang Mulia Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi IL ABDB.
Beliau telah turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada 22 peserta kursus berkenaan serta Penuntut Terbaik Keseluruhan, iaitu 18334 LKpl Mohd Rudy Hafizan bin Hj Abu Bakar daripada unit Jabatan Agama ABDB. Pada akhir majlis, Ketua Penuntut Kursus Peningkatan Komputer Siri 2/2017. Kpl Dk Shahidah telah sudi menyampaikan cenderahati kepada Tetamu Kehormat.