Hadir pada Majlis tersebut, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Pemangku Komandan IL ABDB. Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, Cikgu Pendidikan, RSM, GSM dan DSM. Yang Mulia Brigadier Jeneral Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh mula memegang jawatan Komandan IL ABDB pada 22 Julai 2016 sehingga 31 Januari 2018. Majlis tersebut juga diselajurkan dengan Acara Penghargaan kepada Pegawai-Pegawai IL ABDB yang bertukar dan yang akan menamatkan perkhidmatan.