Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 6 SESI 2022

PENANJONG GARISON, Jumaat, 23 Sept 2022 – Majlis Penutupan Kursus Memandu Lesen Kelas 6 Sesi 2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di CLM SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Mejar Pg Hamzah bin Pg Ahmad Damit, Penolong Ketua Staf Latihan (G7), Markas Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Ketua-ketua Cawangan dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.  

Kursus Memandu Lesen Kelas 6 Sesi 2022 ini dikendalikan selama empat (04) minggu bermula daripada 26 Ogos 2022 hingga 23 Sept 2022 dan disertai seramai tiga puluh satu (31) anggota yang terdiri daripada empat belas (14) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, tiga (03) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, lima (05) anggota dari Institut Latihan ABDB, dua (02) anggota dari Rejimen Pasukan Khas, enam (06) anggota dari Kementerian Pertahanan dan satu (01) anggota dari Akademi Pertahanan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Al Imran Ayat 102-105 daripada wakil peserta kursus 50857 Lkpl Mohammad Haffizul Wafiq bin Haji Ahmad, Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 13501 PW2 Pg Hj Mohd Malek Faishal Noorislam bin Pg Hj Omarali, Ketua Pengendali, CLM SPT IL ABDB.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan pengumuman Penuntut Terbaik Tatacara Memandu yang disandang oleh 50310 Lkpl Muhammad Muhaimin bin Rosmalee daripada CLM SPT IL ABDB dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50203 Kpl (U) Mohammad Hakimbullah bin Abdul Rahman daripada Mt Markas TUDB. Semasa majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus dan apa yang diharapkan agar pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari, sebagai pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kecekapan, kemahiran serta professionalisma dalam menaikkan kemampuan individu dan juga organisasi unit.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 17879 Kpl Abdul Hamid bin Zahari seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.

 

 

2022-09-22T16:00:00Z