Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

INSTITUT LATIHAN ABDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI DAERAH TEMBURONG

Kempen kebersihan di Masjid Temburong.jpg

TEMBURONG, 2 MAC 2024 – Institut Latihan turut serta kempen kebersihan di Daerah Temburong pada pagi ini sebagai menyokong inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK) dalam memastikan Negara Brunei Darussalam bersih dan bebas daripada pencemaran. Kempen kebersihan telah diadakan di Masjid Kampong Labu Estate.


Kempen ini bermula dengan Halaqah Jumaat yang diadakan serentak di semua masjid, surau, balai ibadat, dan pos da'wah. Acara ini diisikan dengan tazkirah bertajuk  "Kebersihan Adalah Tuntutan". Ini disusuli dengan taklimat keselamatan dan sesi pemanasan badan sebelum memulakan kempen kebersihan. 

Antara aktiviti kempen termasuk membersihkan longkang, membersihkan lumut, menyapu daun-daun kering, membuang semakan pada pagar dan pemotongan rumput.

Kempen ini pada dasarnya bertujuan untuk menunjukkan pengaruh positif dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat untuk menjaga kebersihan di kampung-kampung dan kawasan sekitarnya. Ia juga bertujuan untuk mempromosikan perpaduan di kalangan ahli masyarakat dalam menangani isu-isu alam sekitar. Selain itu, inisiatif yang memberi tumpuan kepada tempat-tempat ibadah ini bertujuan sebagai amal kebajikan sepanjang bulan Sya'aban dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi jemaah menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang bakal menjelang. 

TRAINING INSTITUTE RBAF CONDUCTS A CLEANING CAMPAIGN IN THE TEMBURONG DISTRICT


TEMBURONG, 2 MARCH 2024 – Training Institute join a cleaning campaign in Temburong District this morning in support of the Executive Committee on Cleanliness Issues (JIIK) initiative, in keeping Brunei Darussalam clean and free from pollution. The cleaning efforts took place at Kampong Labu Estate Mosque.

This campaign began with a Friday Halaqah, Tazkirah titled "Cleanliness is a Requirement." Following the lecture and a safety briefing were conducted before beginning the cleaning campaign.

Various activities such as cleaning drains, removing moss, sweeping dry leaves, clearing debris from fences, and grass cutting were carried out.

This campaign essentially aims to demonstrate a positive influence and instil a sense of responsibility within the community towards maintaining cleanliness in villages and surrounding areas. It also seeks to promote unity among community members in addressing environmental issues. Furthermore, the initiative that focuses on places of worship serves as a charitable act throughout the month of Sya'aban and provides a conducive environment for congregants to welcome the upcoming month of Ramadhan.​

IL ABDB mengadakan kempen kebersihan di Masjid Daerah Temburong 1.jpg

IL ABDB mengadakan kempen kebersihan di Masjid Daerah Temburong 2.jpg

IL ABDB mengadakan kempen kebersihan di Masjid Daerah Temburong 3.jpg