Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

THE OPENING CEREMONY OF THE MAP READING AND GPS NAVIGATION COURSE SERIES 1/2025

Pembukaan Rasmi Kursus Membaca Peta Dan Pandu Arah GPS Siri 1 2025 01.jpg

PENANJONG GARRISON, Tuesday, 10 June 2025 – The Opening Ceremony of the Map Reading and GPS Navigation Course Series 1/2025 was held at the Map Reading Training Wing, School of Military Trade, Training Institute Royal Brunei Armed Forces.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Awangku Abdul Hamizan bin Pengiran Salim. Also present were the Senior Instructor and instructors of the Map Reading Training Wing.

This Map Reading and Navigation Course is a basic land navigation course aimed at providing knowledge and essential skills to effectively carry out daily tasks, while also meeting the training requirements in map reading.

The objective of this course is to equip participants with fundamental land navigation skills, including the ability to interpret topographic maps, use a compass, and operate GPS devices effectively for the purposes of direction finding and route planning aligned with the operational and training needs of the Royal Brunei Armed Forces.


MAJLIS PEMBUKAAN MEMBACA PETA DAN PANDU ARAH GPS SIRI 1/2025

PENANJONG GARISON, Selasa, 10 Jun 2025 - Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Membaca Peta Dan Pandu Arah GPS Siri 1/2025 telah diadakan di Cawangan Latihan Membaca Peta, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Awangku Abdul Hamizan bin Pengiran Salim. Turut hadir adalah Jurulatih Kanan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Membaca Peta.

Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah ini merupakan kursus asas pandu arah darat yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan serta kemahiran asas yang berkesan dalam melaksanakan tugas harian, di samping memenuhi keperluan latihan dalam membaca peta.

Kursus ini bertujuan untuk melayakkan peserta kursus menguasai kemahiran asas dalam pandu arah darat, termasuk keupayaan mengkaji peta topografi, menggunakan kompas, serta mengendalikan alat peranti GPS dengan berkesan bagi tujuan penentuan arah, dan perancangan laluan, sejajar dengan keperluan operasi dan latihan dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Pembukaan Rasmi Kursus Membaca Peta Dan Pandu Arah GPS Siri 1 2025  02.jpg