Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CERTIFICATE PRESENTATION AND CLOSING CEREMONY OF THE SENIOR CLERK COURSE SERIES 2/2025

kursus kerani kanan siri 2 2025 01.png

PENANJONG GARRISON, Thursday, 19 March 2026 – The Certificate Presentation and Closing Ceremony of the Senior Clerk Course Series 2/2025, conducted by the Clerk Training Wing, School of Military Engineering, Royal Brunei Armed Forces Training Institute, was successfully held. Present as the Guest of Honour was Major Shazwani binti Ali, Commanding Officer of the Administrative Wing, Defence Academy. Also in attendance were the Head of the Clerk Training Wing, officers, invited guests, and instructors of the Clerk Training Wing.


This course is a career course that must be attended by members of the Royal Brunei Armed Forces who will be appointed as Unit Chief Clerks. The course aims to produce Senior Clerks who can function as managers in clerical duties with minimal supervision. Various modules were delivered, including skills in managing Chief Clerk responsibilities, office security, RBAF Act regulations, preparing standing orders, and the use of the Defence Personnel Administration Information System.


Course participants were also exposed to the Ethical Clerk Exercise, which challenged them with realistic scenarios covering administrative, execution, and office management aspects while acting as secretaries in handling unit-level military events. This exercise aimed to train participants to perform clerical duties and additional tasks simultaneously within time constraints and varying scenarios.


The course was conducted over six weeks, starting on Friday, 06 February 2026, until Friday, 20 March 2026, and was attended by 31 personnel from the Royal Brunei Armed Forces, comprising members from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Air Force, Royal Brunei Armed Forces Training Institute, Defence Academy of the Royal Brunei Armed Forces, and the Ministry of Defence.


In her speech, the Guest of Honour congratulated all course participants and emphasized that they would be able to carry out their duties professionally, guided by standing orders, reference materials, and their superior officers. She then concluded her remarks by officially declaring the closure of the Senior Clerk Course Series 2/2025.​


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KERANI KANAN SIRI 2/2025

PENANJONG GARISON, Khamis, 19 Mac 2026 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Kerani Kanan Siri 2/2025 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah sempurna dilaksanakan. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Shazwani binti Ali, Pegawai Memerintah Cawangan Pentadbir, Akademi Pertahanan. Turut hadir ialah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Pegawai-pegawai dan jemputan khas dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Kerani.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Kerani Unit. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan Kerani Kanan yang bertindak sebagai pengurus dalam tugas-tugas perkeranian dengan pengawasan yang minimum. Pelbagai modul telah disampaikan termasuk kemahiran dalam pengurusan tugas-tugas Ketua Kerani, keselamatan pejabat, undang-undang akta ABDB, menyediakan arahan tetap, dan penggunaan Defence Personnel Administration Information System.

Peserta kursus juga didedahkan dengan Eksesais Kerani Beretika yang mencabar peserta kursus dengan senario realistik yang merangkumi aspek pentadbiran, pelaksanaan dan pengurusan pejabat sebagai setiausaha semasa mengendalikan acara dalam Unit Angkatan Tentera. Eksesais ini bertujuan untuk melatih peserta kursus melaksanakan tugas perkeranian dan tugas sampingan secara serentak dengan had masa dan senario yang berbeza.

Kursus ini telah dijalankan selama enam minggu bermula pada hari Jumaat, 06 Februari 2026 hingga hari Jumaat, 20 Mac 2026 dan dihadiri oleh 31 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapannya, Yang Mulia Tetamu Kehormat merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan menekankan peserta kursus akan dapat melaksanakan tugas dengan profesional dan berpandukan hukuman-hukuman tetap, buku-buku rujukan dan pegawai-pegawai atasan. Beliau kemudian mengakhiri ucapan dengan Penutupan Rasmi Kursus Kerani Kanan Siri 2/2025.

kursus kerani kanan siri 2 2025 02.png

kursus kerani kanan siri 2 2025 03.png

kursus kerani kanan siri 2 2025 04.png

kursus kerani kanan siri 2 2025 05.png