Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS EJUTAN, INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Majlis Serah Terima Tugas Ejutan Institut Latihan ABDB.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 7 March 2024 – Majlis Serah Terima Tugas Ejutan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung di antara Mejar Mohamad Ros Azmi bin Roslan, mantan Ejutan IL ABDB dan Kapten Mohammad Fariz Ishamuddin bin Hj Mohd Shamsul, selaku Ejutan Institut Latihan ABDB yang baru bertempat di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.


Majlis tersebut dihadiri oleh para Pegawai-Pegawai, Anggota-Anggota Tentera dan Rekrut Intek 173.

Majlis dimulakan dengan ketibaan mantan Ejutan menerima tabik hormat, dan diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Kapten Awangku Naufal bin Pg Hj Alihashim, Ketua Pengambilan Ganjil Rekrut Kompeni IL ABDB. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Al - Fatihah dan ucapan daripada mantan Ejutan. Seterusnya, penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

HANDING OVER CEREMONY FOR NEWLY APPOINTED ADJUTANT, TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCE

PENANJONG GARRISON, 7 March 2024 – Training Institute, Royal Brunei Armed Force (TI RBAF) held a handing over of Adjutant today Major Mohamad Ros Azmi bin Roslan, outgoing Adjutant of TI RBAF and Captain Mohd Fariz Ishamuddin bin Hj Mohd Shamsul, its incoming Adjutant of TI RBAF at the Parade Square of Training Institute, Penanjong Garrison.

Also, in attendance were invited Officers, Military Personnel and the Recruits of Intake 173.

The ceremony commenced with the arrival of the outgoing Adjutant receiving the honorary salute, followed by the inspection of the parade led by Captain Awangku Naufal bin Pg Hj Alihashim, Intake Commander of Recruit Company TI RBAF. It continued with the recital of Surah Al-Fatihah and a speech from the former Adjutant Officer. The ceremony proceeded with the signing of the Handover Certificate. The event concluded with Doa Selamat and a group photo session.


Majlis Serah Terima Tugas Ejutan Institut Latihan ABDB 1.jpg

Majlis Serah Terima Tugas Ejutan Institut Latihan ABDB 2.jpg