Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022 DI TUKER LINE SERIA.

8552.jpgTUKER LINE SERIA, SELASA 02 Safar 1444H bersamaan 30 Ogos 2022, Program sisi pembelajaran dan lawatan Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022 selesai dilaksanakan oleh 21170703 SSgt Amrit Limbu, Jurulatih 2RGR di Unit Pengurusan Katering Tuker Line Seria. Seramai 05 anggota menghadari kursus tersebut yang terdiri daripada TUDB - 02 anggota,  IL ABDB – 01 anggota dan 02 orang daripada Kementah (PPG) yang bermula pada 29 Ogos 2022 hingga 02 September 2022. Dalam sisi pembelajaran peserta kursus telah diajarkan Pengenalan Keselamatan Makanan, Punca Keracunan Makanan, Kawalan Perosak, Alergen, Pengenalan kepada Pemakanan (Protein Lemak dan Karbohidrat), Panduan makanan sehat (Vitamin & Mineral), Penghidratan (Keperluan, Umur, Kumpulan) dan Diet untuk Sebab Etika (Vegetarian, Lactoovo, Lacto. Demi, Vegan). Perserta kursus juga di beri peluang melihat kemudahan dan tatacara pengendalian permakananan disana. Diakhir program sisi pembelajaran ahli kursus diberikan sijil kelayakan Level 3 food safety and hygiene for supervisor.

Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022 dijalankan selama 4 minggu bermula 29 Ogos 2022 hingga 23 September 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Ianya bertujuan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab di unit-unit ABDB sebagai seorang penyelia / pengurus di Rumah Masak, Mes Pegawai dan Mes Pegawai Waren/Staf Sarjan dan Sarjan. Melatih dan membimbing para peserta kursus lebih lanjut mengenai dengan tugas-tugas dan tanggunjawab sebagai pengendalian makanan dan penyajian makanan di Unit. Ini adalah salah satu kursus kerjaya yang mandatory (dimestikan) untuk setiap anggota yang berjawatan Ketua Mess Staff bagi melayakkan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.

8550.jpg

8551.jpg8552.jpg8553.jpg