Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS SAMBUTAN MALAM NISFU SYA’BAN BAGI TAHUN 1445H

Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaban bagi Tahun 1445 Penanjong Garison.jpg

PENANJONG GARISON, Sabtu 24 Februari 2024 – Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'ban bagi Tahun 1445H telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.  Hadir selaku Pegawai Terkanan ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan lain-lain peringkat dari Unit IL ABDB, Medan Tentera Darat Diraja Brunei, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei dan gabungan Khidmat Bantuan Kombat TDDB, serta anggota-anggota rekrut.

Majlis tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat serta bacaan doa. Acara diikuti dengan membaca Surah Yaasin sebanyak tiga kali diikuti dengan doa khusus Nisfu Sya'ban, yang diketuai oleh Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel. Sejerus itu, sembahyang Fardhu Isya' berjemaah telah disempurnakan dipenghujung acara.

Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'ban juga dikendalikan secara serentak di seluruh surau garison dan perkhemahan ABDB bagi menyambut kedatangan bulan keberkatan bulan suci Ramadhan dan sebagai salah satu sambutan acara-acara kebesaran Islam di peringkat kebangsaan.

MALAM NISFU SYA'BAN 1445H CELEBRATION CEREMONY 


PENANJONG GARISON, Saturday 24 February 2024 – 'Malam Nisfu Sya'ban' Celebration for the Year 1445H was held at Surau Al-Hikmah Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honor was Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Acting Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces.

Also present were Senior Officers, Officers and the Royal Brunei Armed Forces personnels from TI RBAF, Field Headquarters Brunei Land Force, sub-units of Combat Service Support RBLF, as well as the recruits.

The ceremony began with the Mass Fardhu Maghrib and sunat Hajat prayer, as well as the recitation of prayer. The event continues with the recitation of Surah Yaasin 3 times followed by Nisfu Sya'ban prayer, led by Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel. Subsequently, the event concluded with the Mass Fardhu Isya' prayer.

The Malam Nisfu Sya'ban Celebration was also held simultaneously at all mosques in the RBAF's garrisons and camps to celebrate the arrival of the blessed month of Ramadan and as one of the celebrations of Islamic greatness at the national level.​

Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaban bagi Tahun 1445 Penanjong Garison 2.jpg