PENANJONG GARISON, Khamis, 22 Februari 2024 – Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dalam sama-sama memohon kurnia rahmat serta pemeliharaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi kestabilan negara, keselamatan raja serta kesentosaan hidup rakyat dan penduduk negara ini.
Hadir di majlis tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota-anggota gabungan daripada unit IL ABDB, Medan TDDB, Sekolah Infantri TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Khas sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-40 tahun yang dipimpin oleh Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel sebelum diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya' Berjemaah.
PENANJONG GARRISON HELD A THANKSGIVING PRAYER CEREMONY TO MARK BRUNEI DARUSSALAM'S 40TH NATIONAL DAY CELEBRATION
PENANJONG GARRISON, Thursday, 22 February 2024 – The Garisson which involved Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Field Royal Brunei Land Force, Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) dan School Of Infantry Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) held a Thanksgiving Prayer Ceremony to mark Brunei Darussalam's 40th National Day Celebration. Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Abd Rajid bin Haji Zainie, Acting Commandant of TI RBAF, along with the senior leadership as well as staff and personnel of Penanjong Garisson.
The ceremony commenced with a mass Fardhu Maghrib prayer followed by Sunat Hajat prayer, a recitation of Surah Yaasin and Thanksgiving Prayer in conjunction with the 40th National Day of Brunei Darussalam. The ceremony concluded with a mass Fardhu Isya' prayer led by Imam Afiq Abdul Halim bin Haji Daniel, Imam of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.