Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KERANI LANJUTAN SESI 2022

PENANJONG GARISON, Khamis, 11 Ogos 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kerani Lanjutan Sesi 2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Darjah, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.   Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Cawangan, Pegawai Waran Latihan dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus Kerani Lanjutan Sesi 2022 ini dikendalikan selama Lima (05) minggu bermula daripada 08 Julai 2022 hingga 12 Ogos 2022 dan disertai seramai "Tiga Puluh Satu" (31) anggota yang terdiri daripada "Sepuluh" (10) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, "Dua" (02) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, "Lapan" (08) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, "Tiga" (03) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan "Lapan" (08) anggota dari Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah ayat suci Al-Quran daripada wakil peserta kursus 50055 Kpl Md Firdaus bin Ahmad.   Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 17146 SSjn Muhd Arif Fadilah bin Haji Abd Rahman, Jurulatih Pengendali, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada semua peserta kursus dan pengumuman Penuntut Pembentangan Terbaik yang disandang oleh 19819 Kpl Kahrol Hamizan bin Kifli daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Penuntut Teori Terbaik disandang oleh 19521 Kpl Md Nurhamizan bin Haji Jaini daripada Tentera Darat Diraja Brunei dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh daripada 18515 Kpl Md Amzar Syazwan bin Abu Bakar daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.    Semasa majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibaca oleh 19427 Kpl Mohd Hussain bin Mohd Sandurin dan seterusnya menikmati jamuan dan sesi bergambar ramai.


 

 




​​​