Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 1444 HIJRAH PERINGKAT PENANJONG GARISON

115.jpgPenanjong Garison, Jumaat, 05 Ogos 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah Peringkat Penanjong Garison.

Ceramah khas yang bertajuk "Berikhtiar, Bersabar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Memacu Wawasan Negara" disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, Penceramah undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

Hadir di ceramah khas tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB dan Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Penanjong Garison yang terdiri daripada gabungan unit IL ABDB, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB).

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Muhammad Syazwan bin Muhd Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah, diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dibaca oleh 54515 Rekrut Fahmi Izzudin bin Begawan Mudim Haji Tamin dan diakhiri dengan laungan Selawat Ummiyyi beramai-ramai.


115.jpg


113.jpg


114.jpg


112.jpg