Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 1/2022

69.jpgPenanjong Garison, Jumaat, 10 Jun 2022 – Majlis Penutupan Kursus Asas Logistik Siri 1/2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Cawangan Latihan Logistik SPT IL ABDB.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Razanol Hardi bin Hj Abdul Razak, Ketua Sel Inspektorat IL ABDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Kapten Shazwani binti Ali, Pegawai Latihan Logistik, para jemputan unit dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Logistik.

Kursus Asas Logistik Siri 1/2022 bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai perakaunan-perakaunan stor dan juga Logistik yang mana ianya telah dikendalikan selama lima (05) minggu bermula daripada 09 Mei 2022 hingga 10 Jun 2022. Seramai tiga puluh (30) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada tujuh belas (17) anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), tiga (03) anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), lima (05) anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, tiga (03) anggota daripada Institut Latihan ABDB dan dua (02) anggota daripada Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah An-Nisa Ayat 58 hingga 59 daripada wakil peserta kursus.  Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 16883 SSjn Hj Muhd Shafie bin Hj Mohammad, Jurulatih Pengendali Kursus Asas Logistik Siri 1/2022. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan pengumuman Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 53762 Sld (U) Syukurizam bin Hailulizam daripada Tentera Udara Diraja Brunei, Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 53775 Sld (U) Awangku Danial Fairuz bin Pengiran Salamat daripada unit Tentera Udara Diraja Brunei dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 21946 Sld Nurajilla binti Zulkipli daripada Batalion Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei. 

Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat menzahirkan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari semasa melaksanakan tugasan.  

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh wakil dari peserta kursus dan sesi bergambar ramai. 


67.jpg


68.jpg


70.png


69.jpg