Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH SERTA CERAMAH KHAS BERSAMA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SEMPENA BULAN RAMADAN

ZAQ_0064.JPG

PENANJONG GARISON, SELASA, 04 MEI 2021 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima kunjungan daripada Yang Mulia Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB berserta rombongan untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Asar dan diselajurkan dengan Ceramah Khas sempena bulan Ramadan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Ceramah Khas bertajuk 10 Malam Terakhir Bulan Ramadan telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Hamzah bin Awang Haji Jali, Pegawai Kerja Sambilan, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Aktiviti ini bertujuan untuk sama-sama merebut manfaat dan ganjaran pahala yang dijanjikan Allah Subhanahu Wata'ala serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
ZAQ_0026.JPG
ZAQ_0033.JPG
ZAQ_0036.JPG
ZAQ_0041.JPG
ZAQ_0049.JPG
ZAQ_0060.JPG
ZAQ_0084.JPG
ZAQ_0090.JPG