Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL SIRI 1/2021

PR KNP LKPL 2021.jpg

PENANJONG GARISON, KHAMIS 29 APRIL 2021 – Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 1/2021 telah berlangsung di Bilik Al-Fatih, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Yang Mulia Mejar Dyg Siti Nur ‘Afiqah binti Haji Awg Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB. Kursus tersebut telah dijalankan selama dua minggu bermula pada 19 April 2021 hingga 29 April 2021.

Seramai 60 orang anggota ABDB telah menghadiri kursus tersebut. Salah satu tujuan kursus ini dikendalikan adalah untuk membentuk dan memberikan pendedahan tentang aspek-aspek kepimpinan secara umum selaras dengan transformasi daripada peringkat Soldadu ke rangkaian pemerintahan bawahan sebagai permulaan. Ianya juga bagi melatih PTB Rendah berpangkat Lans Koperal agar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin bawahan di dalam ABDB. Di samping mendidik PTB Rendah berpangkat Lans Koperal yang berkualiti serta berkeupayaan dalam melaksanakan tugas dengan menerapkan potensi diri sebagai pemimpin yang berkeyakinan dengan berpandukan nilai-nilai teras ABDB dan ciri-ciri kepimpinan.
PR KNP LKPL 2021 12.jpg
PR KNP LKPL 2021 11.jpg