Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN KOMANDAN/ PEGAWAI PEMERINTAH INSTITUT LATIHAN/ PUSAT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1442H / 2021M

WhatsApp Image 2021-04-29 at 12.05.28 PM.jpeg

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 22 APRIL 2021. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Mantan-Mantan Komandan IL ABDB bagi Tahun 1442H / 2021M bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. 

Majlis tersebut telah diisikan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Kpt Ayza Azrine bin Ayahani daripada Pegawai JAMA’AT ABDB, diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah. Hadir selaku jemputan khas pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mej Jen (B) Dato Paduka Seri Hj Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin dan juga jemputan-jemputan khas lainnya yang juga terdiri daripada mantan-mantan komandan/ Pegawai Pemerintah IL/ Pusat Latihan ABDB.

Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan jamuan makan malam yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua, para jemputan khas serta pegawai-pegawai IL ABDB. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan jemputan khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Kolonel (U) Hj Haszahaidi bin Hj Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Acara dilanjutkan dengan  menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, Sunat Tarawih dan witir serta tadarus Al-Quran di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Majlis pada malam tersebut merupakan salah satu acara yang telah disusun setiap tahun untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah institusi persahabatan mantan-mantan komandan serta menyemarakkan lagi suasana Bulan Ramadhan.
WhatsApp Image 2021-04-29 at 12.05.27 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-04-29 at 12.05.28 PM (1).jpeg