Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS PERTENGAHAN KERANI SIRI 2 / 2020


​PENANJONG GARISON, Khamis, 11 Februari 2021 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Pertengahan Kerani Siri 2/2020 bagi anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Bilik Darjah Cawangan Latihan Kerani (CLK), Sekolah Pertukangan Tentera Insitut Latihan ABDB (SPT IL ABDB).

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Pemangku Pegawai Pemerintah, SPT IL ABDB. Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Ketua Cawangan, CLK SPT IL ABDB, Kapten Majiidah binti Hj Sidek.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh salah seorang peserta kursus dan kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus oleh tetamu kehormat majlis. Tetamu kehormat majlis kemudian memberikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi kursus berkenaan. 

Kursus Pertengahan Kerani Siri 2/2020 disertai oleh 29 orang anggota ABDB termasuk dua anggota Pasukan Gurkha. Pelajar Terbaik Amali disandang oleh 19522 LKpl Muhammad Afnan bin Muhammad Arfan manakala Pelajar Terbaik Akademik disandang oleh 19819 LKpl Kharol Hamizan bin Kipli. Kedua-dua Pelajar Terbaik tersebut berasal daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei.

Tetamu Kehormat dalam ucapan beliau menasihatkan para peserta kursus supaya akan sentiasa menanamkan keazaman untuk memperbaiki diri bukan saja semasa berkursus bahkan meningkatkan prestasi kerja setelah Kembali bertugas di unit masing-masing nanti. Kursus ini adalah Kursus Mandatori bagi jurusan kerani ABDB yang merangkumi semua mata pelajaran kerani.