Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA PERINGKAT PENANJONG GARISON

raya 1.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 21 Julai 2021 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan,, Timbalan Komandan IL ABDB.

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Hj Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Lain-lain Peringkat gabungan daripada unit IL ABDB, Bn Bantu TDDB dan KBK TDDB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan diteruskan dengan pembacaan Khutbah Hari Raya Aidiladha. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.

Antara intipati khutbah yang telah dibacakan adalah mengenai hikmah di sebalik wabak Covid-19 pada masa ini yang menangguhkan lagi penghantaran para Jemaah haji bagi tahun ini. Ini juga menjadi ujian kepada kita dan banyakkan bersabar seperti sifat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menjalankan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala walaupun di suruh menyembelih anak sendiri. Menjaga Keselematan diri sendiri dan orang lain juga di tuntut di dalam Islam yang di tambah di dalam Khutbah yang disampaikan.
raya.jpg
raya 3.jpg