PENANJONG GARISSON, Monday 25 November 2024. The Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) had the honour of hosting a delegation from the IBTE Nakhoda Ragam Campus Library Club. The group comprised 17 students aged between 6 and 12 years, accompanied by 9 Teachers, as part of an educational visit.
The program commenced with a welcome address and a safety briefing conducted by an officer at the Dewan Gerak Badan, TI RBAF. The visit concluded with an introductory session on the various schools within TI RBAF, delivered at Bilik Halbi.
The students also had the opportunity to witness a drill demonstration by instructors at the TI RBAF Parade Square, followed by simulated shooting exercises using M16A2 rifles and a mortar simulation at the Training Simulation Centre (TSC) in Penanjong Garrison. The visit concluded with a static display of military assets and equipment from various schools and branches of the TI RBAF.
The primary objective of this visit was to expose the students to the role and responsibilities of the Royal Brunei Armed Forces Training Institute (IL ABDB) in producing highly skilled and integrity-driven military personnel. Furthermore, this program aimed to introduce them to the various types of training conducted at institutions under the IL ABDB.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH LABI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Isnin 25 November 2024. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) baru-baru ini menerima kunjungan lawatan rasmi daripada Sekolah Rendah Labi. Seramai 17 orang pelajar berusia antara 6 hingga 12 tahun, diiringi oleh 9 orang guru pengawas, telah menyertai program lawatan sambil belajar tersebut.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Pengerusi acara di Dewan Gerak Badan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Selesai sesi pembukaan, rombongan pelajar diteruskan dengan taklimat pengenalan mengenai institusi-institusi di bawah naungan IL ABDB, yang berlangsung di Bilik Halbi.
Para pelajar turut berpeluang menyaksikan demonstrasi latihan kawad yang dipersembahkan dengan penuh disiplin oleh para jurulatih di Padang Kawad, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Aktiviti lawatan diteruskan dengan sesi simulasi menembak menggunakan senjata M16A2, diikuti oleh pertunjukan simulasi Latihan Meriam Katak yang berlangsung di Pusat Latihan Simulasi (TSC), Penanjong Garison. Program lawatan diakhiri dengan pameran statik yang menampilkan pelbagai aset dan kelengkapan ketenteraan, yang mewakili setiap sekolah serta cawangan di bawah naungan IL ABDB.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dalam melahirkan anggota tentera yang berkemahiran tinggi dan berintegriti. Selain itu, program ini turut memperkenalkan mereka kepada pelbagai bentuk latihan yang dilaksanakan di institusi-institusi di bawah naungan IL ABDB.