
Bandar Seri Begawan, 23 December 2025 – The Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) recently held school activities for children of TI RBAF personnel and their families.
The activities were organised to provide children with meaningful learning experiences while also encouraging family participation. Through visits to the Brunei History Centre and the Brunei Maritime Museum, participants were given the opportunities to learn more about Brunei Darussalam's history and maritime heritage in an engaging and interactive environment.
A total of 60 participants, consisting of children and their guardians, took part in the programme. The visit also served as a platform to strengthen family ties and promote closer interaction among members of the TI RBAF community.
The programme reflects TI RBAF's continued efforts to support educational development and family well-being among its personnel.
AKTIVITI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN UNTUK ANAK-ANAK ANGGOTA IL ABDB SERTA AHLI KELUARGA MEREKA.
Bandar Seri Begawan, 23 Disember 2025 — Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menganjurkan aktiviti sempena cuti persekolahan untuk anak-anak anggota IL ABDB serta ahli keluarga mereka.
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak di samping menggalakkan penglibatan keluarga. Sebagai sebahagian daripada program tersebut, para peserta berpeluang untuk melawat ke Pusat Sejarah Brunei dan Muzium Maritim Brunei, bagi mempelajari sejarah serta warisan maritim Negara Brunei Darussalam melalui pameran yang menarik dan interaktif.
Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan penjaga telah menyertai program ini. Lawatan tersebut juga berfungsi sebagai platform untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menggalakkan interaksi yang lebih rapat dalam kalangan komuniti IL ABDB.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan IL ABDB dalam menyokong pembangunan pendidikan serta kesejahteraan anggota dan keluarga mereka.








