.JPG)
PENANJONG GARRISON, Friday, 19 December 2025 – A total of 122 male recruits from the 178th Intake and 48 female recruits from the 60th Intake proudly marked the successful completion of their Basic Military Training (BMT) at a Passing Out Parade held this morning at the Parade Square of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison.
The ceremony was graced by the Guest of Honour, Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, RBN, Commander of the Royal Brunei Navy (RBN). Also in attendance were Deputy Service Commanders, senior officers, officers, personnel from the Ministry of Defence and family members of the graduating recruits.
The ceremony commenced with a parade inspection by the Guest of Honour, followed by his official address. In his speech, he congratulated all graduating recruits on their successful completion of BMT, commending their perseverance, discipline and commitment throughout the 14-week programme. He also expressed appreciation for the dedication of instructors and the strong support of parents and families.
He highlighted that BMT not only develops military proficiency but also instils religious values, strong character and the RBAF core values of Loyalty, Piety, Courage, and Professionalism. The Guest of Honour echoed His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's emphasis on resilience amid evolving security challenges, stressing the importance of physical readiness, spiritual strength, and avoiding negative influences.
He further underscored the importance of continuous learning through bilateral, regional, and multilateral exercises to enhance RBAF's operational capability. He noted that the responsibilities of a soldier extend beyond military duties, aligning with the principles of Maqasid Syariah as the foundation of national security.
The Guest of Honour concluded by encouraging the recruits to uphold discipline, integrity, teamwork and professionalism throughout their careers and to remain ready to serve the nation with unwavering loyalty and dedication.
In recognition of outstanding performance during training, several awards were presented to recruits and instructors. For the 178th Intake Male Recruits, the Overall Best Recruit was awarded to Recruit Abdul Azim Mohammed @ Abdul Haziq Mohammed bin Abdullah, Best in Military Skills to Recruit (U) Muhammad Syahmi bin Shamsol, Best in Small Arms Training to Recruit Khairul Amirin bin Yusuf and Best in Physical Training to Recruit Mohd Luqman Hafizi bin Muhammad.
For the 60th Intake Female Recruits, the Overall Best Recruit was presented to Recruit Dk Noor Izzatul Raihana binti Pg Mohd Harun, RBN, Best in Military Skills to Recruit Siti Nasibah binti Hj Nasib, Best in Small Arms Training to Recruit Nurul Fatin Fazera binti Haji Abdullah, RBN and Best in Physical Training to Recruit Nur Farhana Syaherra binti Md Faizal, RBN.
In addition, the Best Male Section Commander were awarded to Corporal (U) Wan Ameerul Amin bin Zulkarnain and Best Female Section Commander to Corporal Norhanis binti Hj Bakari. The Best Male Platoon Sergeant Award were presented to Sergeant Jeehan bin Hj Roslan and Best Female Platoon Sergeant Award to Sergeant Masrani binti Jefri in recognition of their exemplary leadership, professionalism and dedication throughout the training period.
The ceremony concluded with a doa recitation led by Yang Mulia Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).
This Passing Out Parade not only signifies the successful completion of BMT but also signifies the transformation of the recruits into full-fledged soldiers of the RBAF, ready to uphold their oath and shoulder the responsibility of defending the sovereignty of Brunei Darussalam.
UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-177 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-60 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 Disember 2025 – Seramai 122 rekrut lelaki Pengambilan Ke-178 dan 48 rekrut wanita Pengambilan Ke-60 telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan melalui Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison pada pagi ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota Kementerian Pertahanan serta keluarga dan penjaga para rekrut yang diraikan.
Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, disusuli dengan penyampaian ucapan. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua rekrut atas kejayaan menamatkan Latihan Asas Ketenteraan. Beliau menyanjung tinggi ketabahan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan di sepanjang 14 minggu latihan serta turut menghargai dedikasi para jurulatih dan sokongan berterusan daripada ibu bapa dan keluarga.
Beliau menekankan bahawa Latihan Asas Ketenteraan bukan sahaja membentuk kemahiran ketenteraan tetapi juga menerapkan nilai agama, pembentukan sahsiah serta nilai teras ABDB iaitu Setia, Takwa, Berani dan Profesional. Nilai-nilai ini adalah asas penting dalam melahirkan anggota tentera yang berintegriti dan berwibawa.
Tetamu Kehormat turut menggariskan keperluan untuk meningkatkan daya tahan fizikal dan rohani, selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan kesiapsiagaan dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa yang semakin dinamik.
Beliau turut menekankan pentingnya menjauhi unsur negatif yang boleh menjejaskan maruah dan keutuhan anggota tentera. Beliau juga menegaskan bahawa pembelajaran berterusan melalui latihan dua hala, serantau dan pelbagai hala adalah penting bagi mempertingkatkan keupayaan operasi ABDB. Peranan anggota tentera juga adalah lebih luas daripada tugas ketenteraan semata-mata, selaras dengan prinsip Maqasid Syariah yang menjadi asas keselamatan dan kesejahteraan negara.
Tetamu Kehormat mengakhiri ucapan dengan menyeru para rekrut untuk terus mengekalkan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan profesionalisme sepanjang perkhidmatan, serta sentiasa bersedia berbakti dengan penuh kesetiaan dan dedikasi kepada negara.
Bagi menghargai pencapaian cemerlang sepanjang latihan, beberapa anugerah telah disampaikan kepada rekrut dan jurulatih dalam kategori masing-masing. Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-178, anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan jatuh kepada Rekrut Abdul Azim Mohammed @ Abdul Haziq Mohammed bin Abdullah, Terbaik Kemahiran Ketenteraan kepada Rekrut (U) Muhammad Syahmi bin Shamsol, Terbaik Latihan Senjata Ringan kepada Rekrut Khairul Amirin bin Yusuf dan Terbaik Latihan Fizikal kepada Rekrut Mohd Luqman Hafizi bin Muhammad.
Bagi Rekrut Wanita Pengambilan Ke-60, anugerah Rekrut Terbaik Keseluruhan jatuh kepada Rekrut (L) Dk Noor Izzatul Raihana binti Pg Mohd Harun, Terbaik Kemahiran Ketenteraan kepada Rekrut Siti Nasibah binti Hj Nasib, Terbaik Latihan Senjata Ringan kepada Rekrut (L) Nurul Fatin Fazera binti Haji Abdullah dan Terbaik Latihan Fizikal kepada Rekrut (L) Nur Farhana Syaherra binti Md Faiza.
Selain itu, Anugerah Ketua Seksyen Terbaik Lelaki jatuh kepada Koperal (U) Wan Ameerul Amin bin Zulkarnain dan Ketua Seksyen Terbaik Wanita telah jatuh kepada Koperal Norhanis binti Hj Bakari, manakala Anugerah Platun Sarjan Terbaik Lelaki jatuh kepada Sarjan Jeehan bin Hj Roslan dan Anugerah Platun Sarjan Terbaik Wanita kepada Sarjan Masrani binti Jefri sebagai penghargaan terhadap kepimpinan, profesionalisme dan komitmen mereka sepanjang tempoh latihan.
Upacara diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).
Upacara Perbarisan Tamat Latihan ini bukan sahaja menandakan kejayaan para rekrut yang menamatkan Latihan Asas Ketenteraan tetapi juga menzahirkan transformasi mereka menjadi seorang tentera ABDB yang terlatih serta bersedia menggalas amanah mempertahankan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)
.JPG)