
PENANJONG GARRISON, Monday, 08 December 2025 — Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a presentation ceremony of vouchers and donations to the orphans of former TI RBAF members. This annual initiative aims to provide meaningful assistance to help ease their financial preparations for the upcoming 2026 school year.
Also present during the ceremony were officers and personnel of TI RBAF, who expressed their support and extended words of encouragement to the beneficiaries.
The ceremony reflects TI RBAF's continued commitment to welfare and community support, especially towards the families of personnel who have served in the RBAF. It is hoped that the contributions will help motivate the recipients in their academic journey and lessen the financial burden.
—-
PENYAMPAIAN SUMBANGAN VOUCHER DAN DANA KEPADA ANAK-ANAK YATIM BEKAS PRAJURIT IL ABDB
PENANJONG GARISON, Isnin, 08 Disember 2025 — Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan satu acara penyampaian sumbangan voucher dan dana kepada anak-anak yatim bekas prajurit IL ABDB. Inisiatif tahunan ini diadakan bagi membantu meringankan perbelanjaan persiapan mereka menjelang musim persekolahan tahun 2026.
Hadir sama dalam acara berkenaan ialah pegawai-pegawai serta anggota IL ABDB yang turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada para penerima.
Acara ini turut mencerminkan komitmen berterusan IL ABDB dalam menjaga kebajikan serta memberi sokongan kepada keluarga anggota yang pernah berkhidmat di ABDB. Diharapkan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban tanggungan para penjaga serta memberikan dorongan kepada para penerima.


.jpeg)

.jpeg)