BERAKAS GARRISON, FRIDAY, 01 NOVEMBER 2024 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saiffudien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, Captain Pengiran Abdul Malek bin Pengiran Haji Bidin has been consented a promotion to Major and Lieutenant Junior Grade Fatin Afiqah binti Ramlli, RBN to Lieutenant in a promotion ceremony that took place at Berakas Garrison Officer's Mess.
The rank insignias was presented by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.
Also present were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Members of Defence Executive Committee, Members of the RBAF Executive Committee and senior officers of the Ministry of Defence as well as family members of the promoted officers.
The TI RBAF would like to congratulate Major Pengiran Abdul Malek bin Pengiran Haji Bidin and Lieutenant Fatin Afiqah binti Ramlli, RBN, on their promotions.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI-PEGAWAI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BERAKAS GARISON, JUMAAT, 01 NOVEMBER 2024 - Pada menjunjung titah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kapten Pengiran Abdul Malek bin Pengiran Haji Bidin dan Leftenan Madya Fatin Afiqah binti Ramlli, TLDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat ke Mejar dan Leftenan di dalam satu Upacara Kenaikan Pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai Berakas Garison.
Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga Pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat.
IL ABDB merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Mejar Pengiran Abdul Malek bin Pengiran Haji Bidin dan Leftenan Fatin Afiqah binti Ramlli, TLDB atas kenaikan pangkat mereka.