PENANJONG GARRISON, Wednesday, 04 September 2024 – Surau Al-Hikmah Penanjong Garrison held the Opening of the Maulidir Rasul. This ceremony was held simultaneously in all Suraus of MINDEF and RBAF Camps in expressing gratitude and love for our Prophet Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam.
Present as the guest of honor was Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces. The ceremony began right after Fardhu Maghrib Prayer which began with Sayyidul Istighfar and followed by the recitation of Surah Al-Fatihah by Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah and the reading of Sirah Nabawiyyah by 17816 Sjn Md Hadhri bin Ismail, JAMA'AT.
The ceremony continued with Dikir As-Sallamualaika, Dikir Bisyahrin and Dikir Alhamdulillah before proceeded with the Fardhu Isya' prayer, recitation of Selawat Badriyyah, Dikir Dibaie and Dikir Marhaban. The event then concluded with the Recitation of Prayers for the Protection of the Sultan and Brunei Darussalam.
This Dikir Maulidur Rasul event will continue for 12 conservative nights highlighting one of the activities to enliven and magnify the significant days of Islam.
MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALAM BAGI TAHUN 1446H BERSAMAAN 2024M PERINGKAT PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Rabu, 04 September 2024 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sambutan Pembukaan Maulidur Rasul di Surau Al-Hikmah. Majlis ini diadakan secara serentak di semua Surau-Surau Garison dan Perkhemahan dalam menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap Junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam.
Hadir selaku Tetamu Kehormat adalah Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis ini dimulakan sejurus selepas menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah yang dimulakan dengan laungan Sayyidul Istighfar, bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah dan diikuti dengan bacaan Sirah Nabawiyyah oleh 17816 Sjn Md Hadhri bin Ismail, JAMA'AT.
Majlis seterusnya diteruskan dengan pembukaan Dikir As-salamualaika, Dikir Bisyahrin dan Dikir Alhamdulillah beramai-ramai. Majlis diteruskan dengan Solat Fardhu Isya' secara berjemaah dan disambung kepada Selawat Badriyah, Dikir Dibaie dan laungan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis Dikir Maulidur Rasul yang akan diadakan selama 12 malam ini merupakan salah satu kegiatan bagi sama-sama menyemarakkan dan membesarkan lagi hari-hari kebesaran Islam. Ianya juga adalah salah satu majlis keugamaan bagi meraih keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.