Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS BAHASA INGGERIS BAGI ANGKATAN TENTERA LUAR NEGARA KALI KE-8 SESI 2024

ELCFAF 2024.jpg

PENANJONG GARISON, Selasa, 14 Mei 2024 – Majlis Pembukaan Kursus Bahasa Inggeris bagi Angkatan Tentera Luar Negara Kali ke-8 Sesi 2024 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.


Hadir selaku merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB dan Pegawai-Pegawai PE IL ABDB.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Sjn Mohamad Hadhri bin Ismail dari Jabatanarah Agama, dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa Penutup dan Sesi Bergambar Ramai.

Kursus ini dihadiri oleh Pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Tentera daripada negara-negara yang dijemput, terdiri dari Republik Indonesia, Kerajaan Kemboja, Republik Demokratik Rakyat Laos, Republik Persatuan Myanmar, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Vietnam.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta-peserta kursus Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan yang lazimnya digunapakai oleh negara-negara dalam komiti ASEAN. Di samping itu juga, ia adalah sebagai landasan dan instrumen pada mengukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan melalui perkongsian ilmu dan budaya dan menubuhkan rangkaian persahabatan dan kerjasama di antara negara-negara yang turut serta.

Dipenghujung kursus ini, peserta kursus diharapkan akan memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan berkemampuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi dengan professional dan berkesan.


THE OPENING CEREMONY OF THE 8th ENGLISH LANGUAGE COURSE FOR FOREIGN ARMED FORCES 2024


PENANJONG GARRISON, Tuesday, 14 May 2024 – The Opening Ceremony of the 8th English Language Course for Foreign Armed Forces 2024 was officiated by the Acting Commandant of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, at the Halbi Lecture Theatre, Evolution Centre, TI RBAF. Also present were Senior Officers of TI RBAF and Officers from the Evolution Centre, TI RBAF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Sergeant Mohamad Hadhri bin Ismail from the Religious Directorate, followed by the opening remarks of the Guest of Honour. The event concluded with the recitation of Doa and a photo session.

This course is attended by both military officers and non-commissioned officers from the invited countries of the Kingdom of Cambodia, the Republic of Indonesia, the Lao People's Democratic Republic, the Republic of the Union of Myanmar, the Kingdom of Thailand, and the Socialist Republic of Vietnam.

The aim of the course is to instill skills and knowledge of English proficiency, particularly in the four domains of competency: reading, writing, speaking, and listening.

This course also serves as a platform and avenue for strengthening diplomatic relations and defense cooperation by fostering intellectual and cultural exchanges between the participating nations.

By the completion of the course, the course participants are expected to have acquired a greater understanding and have enhanced their English language proficiency and communication skills. 

ELCFAF 2024 1.jpg

ELCFAF 2024 2.jpg

ELCFAF 2024 3.jpg

ELCFAF 2024 4.jpg

ELCFAF 2024 6.jpg

Gambar beramai bersama ELCFAF.jpg