Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH PANAGA BRUNEI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Lawatan Sekolah Panaga.jpg


Penanjong Garison, Rabu, 01 Mei 2024 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengungkayahkan program lawatan sambil belajar dari Sekolah Panaga Brunei.


Seramai 35 penuntut yang dalam lingkungan umur 07 tahun hingga ke 08 tahun beserta 5 orang penjaga telah mengikuti program pada hari tersebut.


Rombongan lawatan termasuklah Ahli Jawatan Kuasa seramai 01 orang Pegawai dan 14 Lain-Lain Peringkat.


Program Lawatan dimulakan dengan taklimat yang bertempat di Mini Stadium, Penanjong Garison dan diikuti dengan Senaman Ringan dan Mini Obstacle Course. Lawatan kemudiannya diteruskan lagi dengan demonstrasi Pertunjukkan Kawad daripada jurulatih. Lawatan diakhiri dengan aktiviti menembak simulasi senjata M16A2 dan pertunjukkan simulasi latihan Meriam Katak di Pusat Latihan Simulasi (TSC), Penanjong Garison. 


Program seumpamanya dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang penuntut Sekolah Panaga Brunei. Ianya sekaligus diharapkan akan dapat memberikan sedikit-sebanyak pengetahuan mereka kepada sejarah ABDB, dan juga memupuk dan menyuntik minat serta semangat anak-anak untuk berjinak-jinak dengan kerjaya ABDB.

Lawatan Sekolah Panaga 2.jpg
Lawatan Sekolah Panaga 3.jpg

Lawatan Sekolah Panaga 4.jpg

Lawatan Sekolah Panaga 5.jpg
Lawatan Sekolah Panaga 6.jpg