Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS KERANI ASAS SIRI 2/2023

015.pngPenanjong Garison, Isnin 22 Januari 2024 – Majlis Pembukaan Kursus Kerani Asas Siri 2/2023 telahpun berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir bagi merasmikan pembukaan Kursus tersebut ialah Leftenan Norardillah binti Abdul Kadir, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.   Turut hadir ialah Pegawai Waran Latihan, Jurulatih Kanan, Ketua Jurulatih dan Jurulatih-jurulatih daripada Tentera Darat Diraja Brunei.

Kursus Kerani Asas ini dihadiri oleh anggota-anggota berjawatan kerani yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga agensi luar seperti Pasukan Simpanan Gurkha. Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus akan diberikan pendedahan awal dalam bidang perkeranian untuk menghasilkan persuratan mengikut format dalam buku hijau ABDB iaitu Staff Duties and Service Writing Manual, Manning Record & Instruction (MRI) dan General Staff Orders (GSO).  Disamping itu dapat melatih dan memberikan ilmu perkeranian diperingkat asas.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan kerani-kerani diperingkat asas yang siap sedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab diperingkat pertama dalam perkeranian tentera serta memberikan pendedahan awal bagi menyesuaikan diri dalam kepakaran dan pengetahuan sebelum memegang jawatan yang lebih tinggi.

016.jpg017.png