Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN KERANI GAJI SESI 2023

1450.jpegINSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB), Khamis 23 November 2023 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Lanjutan Kerani Gaji Sesi 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB) telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota jurusan kewangan sebagai melengkapkan tahap Pengurusan Rendah bagi Kerani Gaji Kelas 3 Tujuan kursus ini adalah untuk menambahbaik dan meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang kewangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang mana salah satu daripadanya adalah berkebolehan menyampaikan Taklimat Gaji dan Elaun kepada anggota-anggota tentera ABDB dengan lebih berkeyakinan serta teliti semasa berhadapan di khalayak ramai serta berkelayakan membantu Ketua Seksyen Gaji di unit masing-masing.

Kursus ini telah dikendalikan selama empat (04) minggu yang dihadiri oleh 16 anggota daripada pejabat-pejabat gaji unit Angkatan Tentera iaitu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), IL ABDB dan Regimen Pasukan Khas (RPK).

Hadir selaku Tentamu Kehormat Majlis ialah Timbalan Pegawai Turus Perkhidmatan Gaji, Pejabat Kewangan, Jabatanarah Kewangan. Turut hadir ialah Pemangku Ketua Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Sarjan Mejar SPT IL ABDB, Jemputan-jemputan Khas dan Jurulatih-jurulatih CLKwgn, SPT IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti oleh bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Khafi, Ayat 01 hingga 10 daripada wakil peserta kursus. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Jurulatih Pengendali Kursus. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis. Penuntut Terbaik Taklimat Perseorangan disandang daripada Pejabat Gaji TUDB dan Penuntut Terbaik Keseluruhan pula telah disandang oleh Pejabat Gaji TDDB.

Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta menekankan kepada semua peserta kursus untuk sentiasa bersiap sedia dan mengetahui serta memikul peranan sebagai kerani gaji yang professional serta boleh menilai keberkesanan perlaksanaan dalam mencapai objektif organisasi masing-masing serta proaktif untuk menjalankan tugas dengan teliti dan cekap serta sentiasa merujuk kepada garispandu yang telah ditetapkan demi kebaikan organisasi ABDB. Selesai ucapan, beliau seterusnya menutup rasmi kursus dan majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh wakil peserta kursus.

1451.jpeg
1452.jpeg

1453.jpeg