Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPANAN KURSUS KUATER MASTER SARJAN REJIMEN SESI (KMSR/RQMS) 2023

8000.jpgPENANJONG GARISON, Khamis 09 Nov 2023 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupanan Kursus Kuater Master Sarjan Rejimen Sesi (KMSR/RQMS) 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang memegang jawatan sebagai RQMS di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mahupun agensi luar, yangmana melalui kursus ini peserta-peserta kursus telah diberi tugasan untuk dinilai dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan didalam pentadbiran organisasi dan juga pengurusan perakaunan stor.

Kursus ini dikendalikan selama enam (06) minggu dan telah dihadiri oleh 11 anggota yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Rejimen Pasukan Khas, Akademi Pertahanan dan Pasukan Simpanan Gurkha.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah 666 Mej Hasnan bin Haji Manan, Penolong Ketua Staf Logistik, Markas Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir adalah Pemangku Ketua Cawangan Logistik, Sekolah Sarjan Mejar SPT IL ABDB, Pegawai-pegawai Jemputan dan Jurulatih-jurulatih Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB.

Yang Mulia Tetamu Kehormat telah penyampikan sijil kepada peserta-peserta kursus dan diteruskan dengan penyampaian sijil Penuntut-penuntut Terbaik. Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Penuntut Terbaik Penerbitan Kertas Kerja telah disandang oleh 18465 SSjn Noralisham bin Osman dari unit Akademi Pertahanan ABDB, Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 5098 SSjn Mekh Bahadur Gurung dari Pasukan Simpanan Gurkha, dan Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 17150 SSjn Mohd Alif bin Abd Rahman dari Rejimen Pasukan Khas.

Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apasaja situasi yang memerlukan keperluan dengan segera. Yang Mulia Tetamu Kehormat juga berpesan kepada semua peserta kursus untuk sentiasa menimba ilmu pengetahuan agar lebih berkemahiran dalam membentuk sebuah organisasi yang efisien.

8001.jpg8002.jpg8003.jpg8005.jpg