Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PERBARISAN BULANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PERBARISAN KOMANDAN  1.jpg

PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Mac 2023 – Perbarisan Bulanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini disertai seramai 491 anggota terdiri daripada seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk pegawai dan kakitangan awam, peserta kursus dan rekrut pengambilan lelaki ke-170.  Hadir pada perbarisan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.

Ketua perbarisan pada kali ini ialah Mejar Masrurani binti Haji Mohammad Aisa, Penolong Pegawai Turus Logistik, IL ABDB. Perbarisan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan kemudian diikuti dengan laungan bacaan ikrar IL ABDB “Ikrar Kami”, yang dipimpin oleh Leftenan Awangku Shah Iskandar bin Pengiran Abdul Rahman, Pegawai Kuarter Master IL ABDB. 

Perbarisan diteruskan dengan ucapan oleh YM Komandan IL ABDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Lans Koperal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).

Komandan IL ABDB dalam ucapannya antara lain menyentuh mengenai perkara disiplin dan seterusnya menekankan agar setiap lapisan warga IL ABDB unutk senantiasa mempamerkan disiplin yang tinggi dan menjaga nama baik institusi. Beliau seterusnya menyampaikan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Fardhu Puasa kepada semua yang hadir. 
PERBARISAN KOMANDAN  2.jpg 
PERBARISAN KOMANDAN  5.jpg PERBARISAN KOMANDAN  3.jpg
PERBARISAN KOMANDAN  4.jpg
PERBARISAN KOMANDAN.jpg