Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS JURULATIH MEMANDU SESI 2022

01.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 20 Jan 2023 - Majlis Pembukaan Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Iveco CLM SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Leftenan Ak Abdul Hamizan bin Pg Salim, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu SPT IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Waran Latihan, Ketua Pengendali Kursus dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.  

Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2022 ini dikendalikan selama tujuh (07) minggu bermula daripada 20 Jan 2023 hingga 10 Mac 2023 dan disertai seramai lapan belas (18) anggota.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian pembukaan kursus daripada Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh 50310 Kpl Muhaimin bin Rosmalee dan seterusnya sesi bergambar ramai.