Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UPACARA PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR REJIMEN INSTITUT LATIHAN ABDB


PENANJONG GARISON, Jumaat 13 Januari 2023 – Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan di Padang Kawad IL ABDB di antara 12634 PW1 Sahrol bin Omar dan 11831 PW1 Norkamal bin Haji Md Salleh.

Turut hadir bagi menyaksikan majlis tersebut adalah Jemputan-Jemputan Khas, Sarjan Mejar Rejimen Batalion Bantu, Sarjan Mejar Rejimen, Rejimen Pasukan Khas dan Sekolah Sarjan Mejar, Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya diikuti dengan pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan. Upacara diteruskan lagi dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB dan diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.