Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UPACARA PENYAMPAIAN SAM BROWNE BELT DAN LENCANA PANGKAT


INSTITUT LATIHAN, PENANJONG GARISON, Khamis, 12 Januari 2023 - Upacara Penyampaian Sam Browne Belt dan Lencana Pangkat Sarjan Mejar Rejimen, Sarjan Mejar Garison dan Sarjan Mejar Kawad yang diselenggarakan oleh Yang Mulia 13950 PW1 Hairol Affendi bin Awang Suhaimi selaku PMC, telah berlangsung di Mes Pegawai Waran & PTB Kanan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di upacara tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).  Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Badan Eksekutif, Pegawai-Pegawai Kanan dan PTB-PTB Kanan IL ABDB. 

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia 18142 Sjn Ekramul Hutammah bin Abdullah dan diikuti dengan penyampaian Sam Browne Belt dan Lencana Pangkat oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.   Setelah selesai penyampaian Sam Browne Belt dan Lencana Pangkat tersebut, upacara diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan seterusnya bergambar ramai. 

UPACARA PENYAMPAIAN SAM BROWN BELT.jpg 

UPACARA PENYAMPAIAN SAM BROWN BELT 1.jpg 

UPACARA PENYAMPAIAN SAM BROWN BELT 3.jpg