Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN SEMPENA UPACARA TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE - 169 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE - 57


PENANJONG GARISON, Jumaat, 2 Disember 2022 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an sempena Tamat Latihan Rekrut Lelaki Pengambilan ke-169 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke - 57 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai - Pegawai Kanan, Pegawai - Pegawai dan warga Kompeni Rekrut, IL ABDB. 

Peserta Khatam terdiri dari 291 rekrut lelaki pengambilan ke-169 dan 51 rekrut wanita yang telah membuat pembacaan Al-Qur’an disepanjang menjalani latihan asas ketenteraan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan diteruskan dengan bacaan surah - surah Khatam Al-Qur’an, bacaan Takhtim dan laungan Dikir Marhaban beramai - ramai. Seterusnya, Yang Mulia Tetamu Kehormat turut menyampaikan bunga telur kepada kesemua peserta khatam yang ikut serta dalam Majlis Khatam Al-Qur’an tersebut.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam Al-Qur’an dan doa penutup majlis yang kemudiannya diikuti dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah.