Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-169 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-57


PENANJONG GARISON, Khamis, 01 Disember 2022 – Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB telah berkesempatan berkunjung ke Institut Latihan ABDB (IL ABDB) bagi sesi perjumpaan bersama Rekrut Lelaki Pengambilan ke-169 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-57 yang dijadualkan akan menamatkan latihan pada 9 Disember 2022. Sesi perjumpaan tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Turut hadir di sesi perjumpaan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Sarjan Mejar ABDB, Pegawai-Pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan serta jurulatih Kompeni Rekrut IL ABDB.

Sesi perjumpaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Afiq Abdul Halim bin Hj Daniel, Imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Pemerintah ABDB telah menyampaikan kata-kata nasihat kepada para rekrut dengan menyentuh dan menekankan perihal disiplin dan nilai-nilai teras ABDB yang perlu ditanam, diabadikan serta dipraktikkan disepanjang perkhidmatan sebagai seorang tentera. Yang Mulia Pemerintah ABDB menyuarakan akan kepentingan disiplin dalam ABDB sebagai salah satu tunggak utama yang tidak boleh dikompromi. Sesi perjumpaan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, jamuan ringan dan sesi begambar ramai.