Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENINGKATAN KERANI GAJI SESI 2022

90000.pngPENANJONG GARISON, Khamis, 01 Disember 2022 – Majlis Penutupan Kursus Peningkatan Kerani Gaji Sesi 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Cawangan Logistik Practical Training Area (PTA) SPT IL ABDB Penanjong Garison.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Mulia 1435 Leftnan Abdul Izz Muqri bin Isa, Pegawai Gaji Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-ketua Cawangan, dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Kewangan SPT IL ABDB.

Kursus ini bertujuan untuk melayakkan peserta kursus meningkatkan taraf pengetahuan dan mendalami didalam bidang dalam bidangan kerani gaji yangmana pembelajaran secara terperinci di dalam teori dan amali.  Bersiap sedia dan mengetahui peranan kerani gaji untuk keberkesanan dalam mencapai objektif organisasi. Sepanjang kursus dijalankan banyak diserapkan pelajaran seperti penyelarasan gaji, pembayaran elaun-elaun dengan betul serta memahami tatacara penggunaan Sistem Gaji Berkomputer Sistem Sumber Manusia (SSM).

Kursus Peningkatan gaji bagi sesi 2022 dikendalikan selama empat (04) minggu bermula daripada 07 November 2022 hingga 02 Disember 2022.   Seramai dua puluh dua (22)  peserta kursus yang telahpun berjaya menamatkan Kursus yang terdiri daripada dua belas (12) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), satu (01) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) tiga (03) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan lima (5) anggota daripada Kementerian Pertahanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti  dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah Ayat 269 daripada wakil peserta kursus, 18485 Lans Koperal Haji Aji bin Haji Yunus (TDDB). Selepas Itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 16731 Staf Sarjan Mohd Musa bin Haji Mohd Kasim selaku Jurulatih Pengendali. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil peserta kursus dan juga Sijil Penuntut Terbaik keseluruhan yang disandang oleh 51766 Lans Koperal Muhammad Khairul Fitri bin Haji Zulkasi daripada Pejabat Gaji Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei.

Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB.    Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh wakil peserta kursus 52710 Laskar Muda Muhammad Faiz Taqiyuddin bin Md Zin,TLDB

90001.jpg

90002.jpg