Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL SIRI 02/2022

191.jpg Penanjong Garison, Jumaat, 04 November 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal siri 2/2022 telah berlangsung pada pagi hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Dk Hjh Siti Noraisah Binti Pg Hj Tajuddin, Pegawai Memerintah PE IL ABDB. Turut hadir bersama adalah Lt Nur Hazirah binti Harun selaku Ketua Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan, Sarjan Mejar Kawad IL ABDB, Guru-Guru, Sekolah Sarjan Mejar PE IL ABDB, PTB-PTB Kanan, PTB-PTB Rendah dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan.

Majlis diberkati dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 50993 P/LKpl Muhd Zulilmi bin Haji Julahia dan diteruskan dengan bacaan Ayat Al-Quran, Surah Al-Mujadalah ayat 11.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Penuntut Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 02/2022 Yang Mulia 17765 P/LKpl Haji Mohd Nordarwandy bin Morsidi dari Polis Tentera, dan seterusnya penyampaian sijil-sijil serta penyampaian anugerah penuntut dan sindiket terbaik kepada peserta kursus yang di sampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan di teruskan dengan ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis.

Di dalam ucapan, Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 02/2022 kerana telah berjaya menamatkan kursus. Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis turut menyatakan hasrat peserta kursus untuk menyerapkan sikap kepimpinan yang berwawasan, berwibawa, bertanggungjawab dan yang berkesan serta menjana kepimpinan yang baik dan berkualiti.

Yang Mulia Tetamu Kehormat kemudian mengakhiri ucapannya dengan perasmian penutup Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 02/2022. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.


193.jpg 


192.jpg 


191.jpg