Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KERANI PERTENGAHAN SIRI 1/2022

Penanjong Garison – Khamis, 22 September 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kerani Pertengahan Siri 1/2022 telah berlangsung di Blok 166, Bangunan Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB.

Kursus ini dikendalikan selama empat (04) minggu bermula pada hari Jumaat, 26 Ogos 2022 hingga hari Jumaat, 23 September 2022 dan telah dihadiri seramai dua puluh lapan (28) orang anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan dua (02) organisasi luar yangmana terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai sembilan (09) anggota, enam (06) anggota Tentera Udara Diraja Brunei, dua (02) anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dua (02) anggota Rejimen Pasukan Khas, lapan (08) anggota dari Kementerian Pertahanan, satu (01) anggota dari Markas Angkatan Bersama dan dua (02) anggota dari Pasukan Simpanan Gurka.

Di dalam tempoh tersebut, pelbagai ilmu dan kemahiran telah didedahkan oleh para jurulatih dan bukan sahaja dalam bidang perkeranian, malah juga dalam bidang pengurusan dan perlaksanaan majlis.   Para peserta kursus banyak memperolehi ilmu pengetahuan didalam pembelajaran yang telah disampaikan oleh para jurulatih.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia 1044 Kapten Norhazwani binti Hj Bidin, Pegawai Penguasa Cawangan Pegawai, Pejabat Tenaga dan Rekod, Kementerian Pertahanan.   Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Leftenan 1330 Leftenan Norardillah binti Abd Kadir, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pegawai Waran Latihan, Ketua-ketua Kerani Unit dan para jurulatih Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-Alaq 1 hingga 19 yang diketuai oleh Yang Mulia 50218 LKpl Mohd Azizan bin Hj Mohd Azalani Aizam dan diikuti dengan ulasan ringkas dari Yang Mulia 17640 SSjn Abd Hafiz bin Abd Jalil, Ketua Pengendali Kursus.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kursus dan penerima-penerima sijil terbaik bagi kursus kerani pertengahan siri 1/2022.   Bagi penerima penuntut Terbaik keseluruhan disandang oleh 21795 LKpl Faridah binti Awg Amit daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.   Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh 51600 LKpl Muhd Raihan bin Hj Awg Tengah daripada Tentera Udara Diraja Brunei dan Penuntut Terbaik Amali disandang oleh 50475 LKpl Md Azri bin Hj Abd Aziz daripada Tentera Darat Diraja Brunei.   Setelah selesai penyampaian sijil-sijil, Tetamu kehormat memberikan sedikit ucapan tahniah serta menutup rasmi kursus kerani pertengahan siri 1/2022.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibaca oleh Yang Mulia 19820 LKpl Mohd Amirul bin Abdullah dan seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.