Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 168 MELAPOR BAGI LATIHAN ASAS KETENTERAAN

REKRUT MELAPOR 1.jpg

PENANJONG GARISON, Selasa, 04 Januari 2022 - Seramai 302 bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke 168 dengan pecahan 166 Rekrut Tentera Darat, 65 Rekrut Tentera Laut dan 71 Rekrut Tentera Udara yang telah melapor  bermula pada hari Isnin, 03 Januari 2022 bertempat di Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Tatacara melapor bagi bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke 168 adalah dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) COVID19, yang mana bakal rekrut melapor secara bergilir mengikut pecahan kumpulan dan masa yang telah ditetapkan secara Pandu-Lalu.
 
Sejurus sahaja sampai ke Padang Kawad IL ABDB, bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke 168 dikehendaki menjalani ujian Antigen Rapid Test (ART) dan menjalani pengasingan diri selama 24 jam sebagai langkah berjaga-jaga.

Latihan asas ketenteraan bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke 168 akan dirasmikan semasa Majlis Menandatangani BAF 122 pada hari Khamis, 06 Januari 2022.
REKRUT MELAPOR.jpg
REKRUT MELAPOR 2.jpg