Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID AR-RAHIM, KAMPONG BUKIT PANGGAL SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB

WhatsApp Image 2021-12-20 at 6.31.25 PM.jpeg

TUTONG, Isnin, 20 Disember 2021 – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti Kempen Membersihkan Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal di Daerah Tutong. 

Seramai 07 anggota IL ABDB telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan kempen tersebut. Turut hadir sama dalam kempen kebersihan tersebut ialah Imam Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal dan ahli-ahli jawatankuasa masjid. 

Kempen membersihkan masjid ini adalah sebagai salah satu program khidmat masyarakat dalam usaha untuk membersihkan dan memperbaiki penampilan bukan sahaja di dalam masjid tetapi juga di persekitaran masjid sekali gus mempromosikan kebersihan sesuai dengan protokol fasa awal endemik COVID-19 pada masa ini. Kempen kebersihan tersebut telah dijalankan mengikut garis panduan yang telah  ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
WhatsApp Image 2021-12-20 at 6.38.38 PM.jpeg
WhatsApp Image 2021-12-20 at 6.38.39 PM.jpeg