Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA JUBLI INTAN ABDB

WhatsApp Image 2021-12-15 at 12.47.44 PM (1).jpegBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Disember 2021 – Sempena dengan Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kempen Derma Darah telah diadakan pada hari ini oleh ABDB yang bertempat di Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan. 

Seramai 20 anggota dari Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah hadir menyertai kempen tersebut. Kempen ini adalah sebagai salah satu projek kemasyarakatan yang bertujuan untuk memberikan sokongan dan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga ABDB kepada masyarakat dengan menyumbangkan serta membantu menambahkan lagi simpanan tabung darah negara. Di samping itu, kempen tersebut juga dapat menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial kepada anggota-anggota tentera. 
WhatsApp Image 2021-12-15 at 12.47.44 PM.jpeg